Bismillah.

“Saya ingin menjadi seorang jururawat. Tapi saya tak tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang juruwarawat... Kan seronok kalau ada orang yang kongsikan cara jadi jururawat.”

Tahniah! Sekiranya anda ingin menjadi seorang jururawat, anda sedang membaca artikel yang betul. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk anda menjadi seorang jururawat di Malaysia.

Teruskan membaca artikel ini.

Bagaimana Cara jadi Juruwarawat?

Untuk membina kerjaya sebagai seorang jururawat, anda perlu terlebih dahulu mempunyai kelayakan untuk menjadi jururawat. Untuk mendapatkan kelayakan itu, anda perlu mengambil kursus kejururawatan di mana-mana institusi pengajian yang menawarkan kursus kejururawatan.

Kos untuk belajar kursus kejururawatan tidak murah. Kosnya sahaja boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Lebih-lebih lagi apabila anda belajar di institusi pengajian swasta.

Tetapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang jururawat, ada caranya untuk anda belajar secara percuma sahaja. Ya anda akan ditaja sepenuhnya... tetapi ia adalah bersyarat. Walaupun bersyarat ia masih lagi berbaloi buat anda. Kerana anda akan mendapat elaun sepanjang tempoh pengajian.

Menarik kan?

Anda pernah dengar tentang program Latihan Separa Perubatan tak?

Cuba lihat iklan pengambilan sesi Julai 2021 di bawah:

iklan latihan separa perubatan iklan latihan separa perubatan

Ini adalah cara jadi jururawat tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Latihan Separa Perubatan

Program Latihan Separa Perubatan ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuannya untuk menambah bilangan jururawat terlatih di Malaysia.

Pengambilan calon untuk program Latihan Separa Perubatan dibuka 2 kali sahaja dalam setahun. Jadi persaingan untuk memasuki program ini sangat sengit. Anda perlu bersaing dengan ribuan calon lain.

Apabila pengambilan calon Separa Perubatan dibuka, ia akan diwar-warkan dalam iklan di akhbar-akhbar utama dan turut diwar-warkan secara online di portal SPA dan fanpage Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Syarat Minima Mahu Jadi Jururawat Bawah Latihan Separa Perubatan

Apa syarat minimum untuk memasuki Latihan Separa Perubatan?

Anda perlu sekurang-kurangnya memiliki sijil SPM. Itu syarat paling minima.

Langkah Pertama Untuk Jadi Jururawat Bawah Skim Latihan Separa Perubatan

Ringkasnya ini adalah apa yang anda untuk lalui untuk memasuki Latihan Separa Perubatan:

  • Daftar borang SPA9 secara online.
  • Lulus peperiksaan online Separa Perubatan.
  • Lulus ujian psikometrik Separa Perubatan
  • Lulus temuduga Separa Perubatan

Selepas lulus temuduga, anda akan ditempatkan di kolej kejururawatan mengikut kursus yang anda pilih. Dan selepas tamat pengajian, anda akan ditempatkan di klinik kesihatan milik KKM di seluruh negara.

Mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar dan mengisi borang SPA9 terlebih dahulu. Daftar dan mohon kursus yang anda inginkan. Untuk mendaftar anda boleh menggunakan link di bawah ini:

Cara Daftar & Isi Borang SPA9

Anda boleh rujuk video di bawah, cara untuk mendaftar dan mengisi borang SPA9.

Akhir Kata

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang mahu menjadi jururawat. Mula dulu dengan isi borang SPA9. Kami akan sambung artikel lain untuk terangkan cara jadi jururawat.

Sudahkah anda sudah mendaftar SPA9?