"Sila perkenalkan diri anda."

99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain.

Kesilapan Yang Sering Berlaku Semasa Memperkenalkan diri

Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri.

Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat.

Tips Dan Cara Memperkenalkan Semasa Temuduga kerja

Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar.

Apa Yang Boleh Diceritakan?

Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda boleh gunakan:

  • Nama
  • Umur
  • Asal
  • Status berkahwinan
  • Kelayakan akademik
  • Tahun bergraduasi
  • Minat berkaitan jawatan
  • Pengalaman kerja

Jika Tidak Pernah Bekerja

Bagi graduan fresh graduate, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh ceritakan pengalaman latihan industri anda.

Atau cerita tentang pengalaman kerja part-time yang pernah anda buat.

Dan jika anda memang tidak pernah bekerja langsung, anda boleh cerita tentang hobi dan minat anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Pendek kata, ceritakan sesuatu yang menampakkan anda berusaha untuk buat sesuatu.

Contoh Jawapan Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Saya (nama anda) berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).

Saya mempunyai kelulusan (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).

Saya (pernah/sedang) bekerja (nama syarikat) selama (tempoh bekerja).

Semasa belajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/kelab/persatuan).

Saya mahir menggunakan (skil yang anda miliki).

Saya pernah mengikuti bengkel/kurus (nama kursus).

Boleh cuba susun dan ubah ayat ikut kesesuaian. Sebaiknya anda susun letak perkara positif tentang diri anda di bahagian depan.

Selamat pagi tuan. Nama saya Khairul Anuar berasal dari Kajang, Selangor.

Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Kuala Lumpur. Saya baru bergraduasi pada bulan Oktober tahun lepas.

Ketika belajar saya telah membuat latihan industri di RTM Kuala Lumpur. Saya bekerja di bahagian Servis yang mana bantu selesaikan isu-isu teknikal yang timbul.

Saya sekarang ini sedang buat freelance membuat website. Saya ada membantu saudara dan kawan-kawan yang ini membuat website. Apabila ada masa lapang saya akan menulis artikel untuk blog peribadi saya.

Saya belum pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lagi. Saya ke sini bagi memohon jawatan website designer.

Apa Yang Perlu Diberi Perhatian?

Ketika menjawab soalan, cuba untuk menjawab dengan lancar. Pastikan juga emosi anda terkawal dan jangan lupa untuk memberikan eye contact dengan penemuduga.

Walaupun anda gementar pastikan anda cuba menjawab dengan yakin. Insyaallah, selepas menjawab beberapa soalan, gementar itu akan hilang.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Anda ingin kerja gomen? Kerja dalam sektor perkhidmatan awam?

Antara isu yang mungkin anda hadapi:

Tiada pengalaman temuduga kerajaan sebab pertama kali dipanggil
Takut tidak tahu nak jawab apa ketika ditanya panel penemuduga
Lemah Bahasa Inggeris takut jika ditanya dalam Bahasa Inggeris
Masih belum berjaya walaupun telah hadir temuduga beberapa kali

Jika anda masih buntu dan tercari-cari bahan rujukan, kami ingin rekomen ebook Panduan Persiapan Temududuga Kerja Kerajaan.

Apa RAHSIA Dalam Ebook Ini?

4 tindakan yang anda harus lakukan sebelum menghadiri temuduga
Bagaimana anda boleh mendapat markah free 5% dengan hanya memakai pakaian tertentu
Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata-kata di hadapan panel penemuduga
Ketahui bagaimana anda untuk kuasai Bahasa Inggeris dalam masa singkat khas untuk temuduga
Bagaimana nak jangkakan soalan-soalan yang bakal disoal semasa temuduga?
Dan lain-lain...

Insyaallah rujukan ini lengkap bagi membantu anda dalam temuduga kerja kerajaan.

Ebook ini ditulis oleh Tim Info Kerjaya yang berpengalaman dan telah berjaya membantu ramai calon lulus temuduga kerja kerajaan sejak 2009 lagi.

Jika anda serius mahu kerja kerajaan tetapi tidak tahu bagaimana hendak buat persediaan untuk temuduga kerja kerajaan, ebook ini memang untuk anda.

Klik cover ebook atau button Tempah Rujukan untuk maklumat lanjut.

Rujukan BERKUALITI
Penulis BERPENGALAMAN
Jaminan update PERCUMA selama 2 tahun
Tempah Rujukan

Akhir Kata

Mungkin ada yang kata yang cara memperkenalkan diri dalam artikel ini agak basic. Walaupun begitu cara ini relevan buat mereka yang kurang pengalaman menghadiri temuduga.

Hasil dari pengalaman yang anda perolehi apabila menghadiri temuduga dan juga hasil bacaan dari sumber yang lain, insyaallah pada masa akan datang anda boleh memperkenalkan diri dengan cara yang lebih advance.

Semoga artikel ini dapat membantu anda memperkenalkan diri semasa temuduga dengan baik.

Artikel Bersiri: Temuduga:

  1. Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja
  2. Graduan Jangan Buat Perkara Ini Untuk Temuduga
  3. Bolehkah Jawab Soalan Temuduga Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu?