Bismillah.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk memohon jawatan Guru Kafa. Insyaallah persoalan itu akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Teruskan membaca.

Terdapat 2 cara untuk memohon menjadi Guru Kafa.

Cara pertama, anda memohon secara online.

Dengan cara ini, anda perlu mencari iklan jawatan kosong Guru Kafa yang mensyaratkan calon yang berminat mengisi borang permohonan secara online.

Walaupun cara ini lebih mudah, permohonan secara online belum lagi digunakan dengan meluas. Tidak banyak jabatan yang menggunakan cara permohonan online.

Sekiranya anda tidak menemukan permohonan Guru Kafa secara online, anda boleh cuba pula cara kedua.

Cara kedua, anda perlu download borang permohonan, print borang, kemudian anda perlu isi borang dengan lengkap dan hantar borang tersebut. Rujuk ke unit mana atau jabatan mana borang tersebut perlu dihantar.

Cara ini anda memohon secara manual.

Selain cara download borang, anda juga boleh mendapatkan borang permohonan Guru Kafa dengan mengambil borang tersebut di:

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
  • Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Untuk pengetahuan, permohonan Guru Kafa dibuka sepanjang tahun. Tetapi mengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan semasa.

Sekiranya anda layak, terdapat kekosongan jawatan dan ada keperluan semasa untuk tenaga kerja Guru Kafa, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Setiap borang permohonan mempunyai tarikh luput tertentu. Sekiranya anda tidak dipanggil menghadiri temuduga selepas tarikh luput, anda perlu mengisi semula borang permohonan.

Tarikh luput ini berbeza-beza.

Anda perlu merujuk kepada iklan kekosongan jawantan untuk mengetahui tarikh luput permohonan yang lebih tepat.

Syarat & Kelayakan Jadi Guru Kafa

Bagi memastikan calon yang mohon untuk menjadi Guru Kafa berkualiti, ada beberapa syarat kelayakan yang mesti anda penuhi. Syarat ini ada kalanya sedikit berbeza mengikut negeri.

Contohnya, ada yang mensyaratkan pemohon mestilah seorang anak jati negeri sahaja yang dimohon sahaja. Syarat spesifik seperti ini anda perlu rujuk pada iklan kekosongan jawatan yang anda baca.

Antara syarat-syarat untuk menjadi Guru Kafa adalah:

  1. Warganegara malaysia
  2. Umur 18 tahun ke atas dan 60 tahun ke bawah.
  3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
    • Lulus Bahasa Malaysia.
    • Lulus pendidikan Islam atau lulus pendidikan Al-Quran atau lulus Syariah Islam. Dan;
    • Lulus bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.
  4. Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.

Apabila anda memohon nanti pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan. Borang permohonan mesti diisi dengan lengkap. Semua keperluaan yang diminta untuk disediakan perlu disekalikan dan disusun dengan kemas sewaktu borang dihantar.

Permohonan yang tidak lengkap sama sekali tidak akan dilayan.

Ebook Guru Kafa!

Download ebook Guru Kafa secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Guru Kafa dalam satu ebook ringkas.

Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan ujian lisan
Contoh soalan ujian bertulis

Daftar nama dan emel anda untuk download. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

Akhir Kata

Pekerjaan sebagai seorang Guru Kafa adalah pekerjaan yang mulia. Anda bertanggungjawab mendidik anak bangsa. Demi menjadikan cita-cita anda itu satu realiti, mulakan langkah pertama anda.

Isi borang permohonan dan hantar borang permohonan Guru Kafa. Semoga artikel ini dapat membantu anda menjadi seorang guru Kafa.

Insyaallah.

Artikel Bersiri: Guru KAFA:

  1. Cara Memohon Jawatan Guru Kafa
  2. Contoh Soalan Ujian Bertulis Temuduga Guru Kafa
  3. Contoh Soalan Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA