10 Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dalam Ujian Psikometrik SPA bukanlah perkara asing lebih-lebih lagi jika anda telah beberapa kali mengambil ujian online SPA.

Paling tidak pun mesti anda sudah mula biasakan diri dengan format ujian psikometrik spa.

Kan?

Bahagian ini lebih kepada menguji kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi dan menganalisis data serta pemahaman calon dalam konsep matematik.

Calon yang mempunyai asas matematik yang kukuh, pasti boleh menjawab soalan matematik yang diberikan. Asalkan anda tidak cuai dan buat silap ketika menjawab soalan ujian.

Jika tidak peka pada kehendak soalan, anda juga pasti boleh kecundang.

Jangan ambil mudah ujian online SPA.

Buat persediaan. Buat latihan.

Contoh Soalan Matematik

Cuba uji diri anda dengan menjawab soalan matematik di bawah ini. Lihat sama ada anda boleh jawab soalan-soalan yang diberikan.

1. Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?

2.Sulaiman boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikan dalam masa 1 jam?

3.Dari nombor 1 hingga 30. Berapa bilangan digit 2?

4.Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit

5.Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =

6.Antara berikut yang manakah benar?

7.125, 120, 110, x, 75, 50. Apakah nilai x?

8.Antara nombor berikut yang mankah paling hampir kepada 7.5?

9.Berapakah baki apabila RM100,795 dibahagi 8?

10.Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?

Anda dapat jawab tak contoh soalan matematik psikometrik di atas?

Tips Menjawab Soalan Matematik

Ketika menjawab ujian online, masa sangat kritikal.

Untuk itu pastikan ada kalkulator ketika menjawab soalan matematik dalam ujian online SPA. Jika anda boleh dapatkan jawapan lebih cepat dengan kalkulator, terus kira guna kalkulator.

Menggunakan kalkulator ketika menjawab ujian online SPA bukanlah menipu. Ingat yang anda sedang menjawab ujian online. Anda tidak perlu menunjukkan jalan kira.

Setiap saat yang anda bazirkan dengan mengira secara manual itu boleh digunakan untuk menyemak atau menjawab soalan lain.

Rujukan Persediaan

Sekiranya anda perlukan bahan rujukan tambahan bagi sebagai persediaan menghadapi ujian psikometrik SPA, kami rekomen kepada anda rujukan di bawah ini.

Anda akan dapat jaminan update percuma selama 3 tahun. Rujukan ini lengkap dengan:

  • ✓ Tips menjawab soalan
  • ✓ Contoh soalan psikometrik
  • ✓ Cara menjawab soalan supaya tak tersasar
  • ✓ Penerangan mengenai perangkap-perangkap psikometrik
  • ✓ Penerangan mengenai apa yang bakal menggagalkan psikometrik anda

Klik SINI ] atau klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

rujukan ujian psikometrik spa

Selamat Membuat Latihan

Kunci kepada kejayaan anda bergantung kepada persediaan yang anda buat. Jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat latihan. Jika ada rezeki, anda akan menjawat jawatan yang anda idamkan.

Insyaallah.

>