Bismillah.
Dalam artikel sebelum ini kami ada kongsikan beberapa perkara penting tentang ujian psikometrik SPA yang anda perlu tahu. Untuk artikel kali ini kami ingin kongsikan pula beberapa contoh soalan ujian psikometrik.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik
Tak banyak tips menjawab soalan psikometrik yang boleh kami kongsikan dengan anda.
Ingat satu tips ini sahaja.
Ketika anda menjawab soalan ujian psikometrik, pastikan jawapan yang anda pilih itu konsisten. Dalam ujian psikometrik, soalan akan diulang beberapa kali dalam bentik yang berbeza bagi memastikan penilaian adalah tepat.
Soalan ujian psikometrik memang disusun begitu.
Berapa markah lulus ujian psikometrik?
Tiada markah lulus kerana tiada jawapan betul atau salah dalam ujian psikometrik SPA.
Dalam ujian psikometrik, amat penting supaya anda tonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA
Berikut adalah 20 contoh soalan ujian psikometrik untuk anda cuba jawab.
1. Saya ada banyak idea tetapi sukar mengeluarkannya
2. Saya mudah bergaul dengan semua orang
3. Saya menghormati pendapat rakan sekerja walaupun berbeza pendapat
4. Saya gembira apabila rakan sekerja mendapat penilaian yang cemerlang
5. Saya akan cuba memenuhi jemputan ke majlis kenduri
6. Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja
7. Saya menawarkan diri membuat kerja secara sukarela tanpa disuruh
8. Saya datang dan pulang dari tempat kerja mengikut waktu pejabat
9. Saya bersukan secara berkala setiap minggu
10. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
11. Saya akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan
12. Saya tidak suka apabila pandangan saya ditolak
13. Saya akan menyelidik dahulu berita yang diterima
14. Saya selesa bercakap di atas pentas
15. Saya tidak mudah marah walaupun orang lain menggunakan taktik kotor
16. Saya berasa marah apabila diminta untuk bekerja lebih masa
17. Saya tidak akan memberi pendapat ketika dalam mesyuarat
18. Saya seorang yang teliti dalam menyiapkan kerja
19. Saya boleh menyesuaikan diri dalam setiap keadaan
20. Saya suka bekerja secara berkumpulan
Rujukan Asas Psikometrik

Ebook Asas Psikometrik mengandungi:
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Tips jawab soalan matematik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Contoh soalan matematik
✓ Bonus: Soalan Perangkap
Isi nama dan emel anda untuk download.
Akhir Kata
Jika anda dipanggil untuk mengambil ujian psikometrik SPA, jangan sia-siakan peluang itu. Buat persediaan yang secukupnya.
Anda pasti akan merasa manisnya usaha anda itu selepas lulus ujian psikometrik, berjaya dalam temuduga dan akhirnya mendapat pekerjaan di sektor kerajaan.
Semoga artikel ini membantu anda membuat persediaan bagi menghadapi ujian psikometrik.
Gud
Tq
Sama-sama 🙂
Doakan sy bjaya melepasi ujian integriti pada 6/01/2020
Good
No comment
Thanks
Trimas
Jika ada rezeki in sha allah