Bismillah.

Dalam artikel sebelum ini kami ada kongsikan beberapa perkara penting tentang ujian psikometrik SPA yang anda perlu tahu. Untuk artikel kali ini kami ingin kongsikan pula beberapa contoh soalan ujian psikometrik.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tak banyak tips menjawab soalan psikometrik yang boleh kami kongsikan dengan anda.

Ingat satu tips ini sahaja.

Ketika anda menjawab soalan ujian psikometrik, pastikan jawapan anda konsisten. Kata kunci penting di sini adalah KONSISTEN.

Dalam ujian psikometrik, soalan akan diulang tanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza bagi memastikan penilaian adalah tepat. Soalan ujian psikometrik memang disusun begitu.

Berapa pula markah lulus ujian psikometrik?

Tiada markah lulus kerana tiada jawapan betul atau salah dalam ujian psikometrik SPA.

Perkara ini ada diberitahu dalam vlog SPA di FB page mereka. Malah SPA juga menasihatkan calon supaya menjawab soalan ujian psikometrik dengan jujur.

Walaupun begitu, anda perlu ingat bahawa dalam ujian psikometrik... adalah amat penting lagi mustahak supaya anda menontolkan nilai-nilai positif dalam diri anda.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Dalam ujian psikometrik soalan adalah berbentuk soalan objektif dengan beberapa pilihan jawapan. Berikut adalah contoh soalan ujian psikometrik untuk anda lihat.

  1. Saya ada banyak idea tetapi sukar mengeluarkannya
    1. Ya
    2. Tidak
  2. Saya mudah bergaul dengan semua orang
    1. Ya
    2. Tidak
  3. Saya menghormati pendapat rakan sekerja walaupun berbeza pendapat
    1. Ya
    2. Tidak
  4. Saya gembira apabila rakan sekerja mendapat penilaian yang cemerlang
    1. Ya
    2. Tidak
  5. Saya akan cuba memenuhi jemputan ke majlis kenduri
    1. Ya
    2. Tidak
  6. Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja
    1. Ya
    2. Tidak
  7. Saya menawarkan diri membuat kerja secara sukarela tanpa disuruh
    1. Ya
    2. Tidak
  8. Saya datang dan pulang dari tempat kerja mengikut waktu pejabat
    1. Ya
    2. Tidak
  9. Saya bersukan secara berkala setiap minggu
    1. Ya
    2. Tidak
  10. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
    1. Ya
    2. Tidak
  11. Saya akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  12. Saya tidak suka apabila pandangan saya ditolak
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  13. Saya akan menyelidik dahulu berita yang diterima
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  14. Saya selesa bercakap di atas pentas
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  15. Saya tidak mudah marah walaupun orang lain menggunakan taktik kotor
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  16. Saya berasa marah apabila diminta untuk bekerja lebih masa
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  17. Saya tidak akan memberi pendapat ketika dalam mesyuarat
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  18. Saya seorang yang teliti dalam menyiapkan kerja
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  19. Saya boleh menyesuaikan diri dalam setiap keadaan
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar
  20. Saya suka bekerja secara berkumpulan
    1. Sangat Benar
    2. Benar
    3. Neutral
    4. Tidak Benar
    5. Sangat Tidak Benar

Betul Ke Ada Soalan Matematik?

Bergantung kepada jawatan. Kadang-kadang ada soalan matematik yang dimasukkan ke dalam soalan Ujian Psikometrik. Kadang-kadang tiada.

Secaranya umumnya, kebanyakan Ujian Psikometrik tiada soalan matematik.

Untuk Ujian Psikometrik, fokuskan usaha anda untuk menambah nilaian positif anda. Praktis untuk biasakan diri menjawab kehendak soalan.

Ebook Asas Psikometrik!

Dapatkan ebook Asas Psikometrik secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Ujian Psikometrik dalam satu ebook ringkas.

Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan psikometrik
Contoh soalan perangkap
Tips menjawab soalan

Daftar nama dan emel anda untuk download. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

Akhir Kata

Jika anda dipanggil untuk mengambil ujian psikometrik SPA, jangan sia-siakan peluang itu. Buat persediaan secukupnya. Memasuki peperiksaan tanpa membuat apa-apa persediaan adalah antara punca kenapa ramai calon gagal peperiksaan online SPA.

Semoga artikel ini membantu anda membuat persediaan bagi menghadapi ujian psikometrik.