Format Peperiksaan Online PTD M41 Terkini

Assalamualaikum.

SPA telah pengumumkan berita baik terutama sekali buat mereka yang ingin menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bagi anda yang telah dipanggilan ke Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41, artikel ringkas ini memang untuk anda!

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Berdasarkan maklumat rasmi yang diumumkan oleh SPA di fanpage rasmi mereka, peperiksaan online PTD kali ini akan diadakan pada:

Tarikh: 27 Ogos 2020
Masa: 10 pagi – 12.25 tengah hari

Bagi calon yang dipanggil hadir, jangan lupa buat reminder di telefon anda ya!

Jangan nanti anda termasuk dalam statistik mereka yang terlepas ambil peperiksaan online SPA pula.

Format Peperiksaan PTD

Peperiksaan online pada kali ini mengandungi 3 seksyen sahaja. Iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan Am – 40 minit (50 soalan)
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah – 45minit (40 soalan)
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris – 30 minit (30 soalan)

Buat masa ini fokus dan buat latihan untuk 3 seksyen ini sahaja dulu.

Study balik rumus-rumus matematik yang mungkin anda terlupa. Baca sedikit sebanyak untuk bantu anda ingat apa yang perlu diingat.

Skop soalan untuk PTD adalah lebih luas dan mencabar berbanding untuk jawatan lain.

Nota Persediaan

SPA memang tidak menyediakan apa-apa contoh soalan buat calon.

Oleh itu, jika anda mencari contoh soalan dan nota persediaan untuk exam online anda nanti, kami cadangkan rujukan di bawah.

Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Rujukan mengandungi:

  • Nota ringkas
  • Contoh soalan mengikut seksyen
  • Jawapan & huraian

Paling penting rujukan ini telah di kemaskini mengikut format terkini SPA. Sesuai untuk exam pada 27 Ogos 2020 nanti. Dan rujukan ini disertakan dengan waranti update percuma selama 2 tahun.

Buat Persediaan

Buat persediaan awal bagi menghadapi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kami doakan semoga anda lulus peperiksaan online ini dan mara ke peringkat ujian fizikal UKJK pula.

>
error: Alert: Content is protected !!