Bismillah.

Kenapa nak kena bekerja di Singapura?

Apa kelebihan bekerja di Singapura?

Disebabkan oleh pelbagai faktor, kos hidup di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Kita punya beberapa pilihan untuk terus survive.

Satu, kurangkan perbelanjaan.

Dua, tambah pendapatan.

Pernah dengar tak kata-kata orang bijak pandai yang tambah pendapatan itu jauh lebih mudah dari kurangkan belanja?

Sebab itu dalam artikel ini, kita akan bincangkan poin nombor dua. Iaitu tambah pendapatan.

Anda boleh buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Ataupun buat lebih dari satu pekerjaan. Tetapi jika anda buat begitu, masa anda akan banyak dihabiskan untuk bekerja dan anda akan kurang masa dengan famili.

Oleh sebab itu kami amat sarankan anda untuk cipta pilihan ke-3. Iaitu bekerja di Singapura. Mungkin masa anda dengan famili masih kurang. Tetapi ia lebih berbaloi.

Cuba anda baca kelebihan bekerja di Singapura ini.

gaji bekerja cuci kereta

Gambar di atas menunjukkan gaji bekerja sebagai pencuci kereta RM4500 apabila convert ke RM. Berbaloikan?

Kerja sama juga seperti apabila kerja di Malaysia. Tetapi gajinya tiga kali ganda lebih.

Gaji Lumayan Bila Convert Ke RM

Anda pasti setuju bukan dengan kenyataan ini? Sebab ianya memang common sense. Nilai Dollar Singapura yang tinggi bila convert ke RM memang berbaloi-baloi.

Jika gaji anda apabila bekerja di Singapura adalah SGD1500, apabila convert ke Ringgit Malaysia akan jadi RM4500. Itu baru kerja biasa-biasa saja. Kerja seperti tukang cuci pinggan, krew hotel dan mat despatch.

Bagaimana jika anda bekerja sebagai designer, arkitek dan kerjaya profesional lain?

Gaji Tinggi Kos Hidup Rendah

Cuba fikirkan ini.

Anda tinggal di Johor Bahru tetapi bekerja di Singapura. Gaji yang anda terima adalah dalam nilai dollar Singapura. Tetapi anda berbelanja di Malaysia dalam Ringgit Malaysia.

Betul kan?

Gaji anda tinggi tapi kos hidup rendah.

Jika anda peruntukkan SGD10 untuk belanja makan setiap hari. Anda boleh makan 3x RM10 di Malaysia.

Anda tak teringin ke bekerja di Singapura?

Risiko Rendah Dan Lebih Selamat

Bekerja di Singapura risikonya juga lebih rendah dan lebih selamat. Jika dibandingkan apabila anda bekerja di Australia ataupun bekerja di New Zealand mahupun bekerja di Korea Selatan.

Singapura sangat dekat dengan Malaysia.

Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, anda mudah untuk balik ke Malaysia. Bayangkan jika anda sudah berada di Australia, New Zealand ataupun Korea Selatan?

Tambah malang lagi…

Jika anda sudah habiskan beribu ringgit untuk beli tiket penerbangan. Tapi bila sampai airport, anda tak dibenarkan masuk. Imigresen suruh anda balik.

Semua ini makan kos yang tinggi. Sangat rugi jika anda tersadai… Dah sampai Australia, New Zealand, Korea Selatan… Konon nak cari kerja… Tapi tak lepas keluar airport pun... Dah kena suruh balik.

Jangan sampai jadi begini…

Contoh yang ditunjukkan agak ekstrem. Tapi anda fahamkan? Apa poin utama tentang risiko yang hendak disampaikan?

Bukankah risiko bekerja di Singapura lebih rendah dan juga lebih menjimatkan?

Permit Kerja Majikan Bayarkan

Apabila anda bekerja di Singapura, permit kerja anda majikan anda yang akan tolong bayarkan. Anda tak perlu keluarkan apa-apa kos pun.

Anda akan memiliki permit kerja yang sah yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower Singapura.

Anda tidak perlu lagi risau ditipu oleh majikan dan anda juga akan dilindungi oleh undang-undang buruh Singapura.

Menarikkan?

Dapat Keluar Negara Setiap Hari

Tak ke seronok setiap hari dapat keluar negara?

Hehe... Jangan marah ya. Kami bergurau. Anda memang dapat keluar negara setiap hari. Tapi ia bukan untuk enjoy, bukan untuk holiday.

Tapi anda keluar negara demi untuk mencari rezeki halal untuk menyara kehidupan anda dan keluarga.

Berbaloi ke bekerja di Singapura?

Tepuk dada tanya diri anda sendiri. Apa yang sanggup anda korbankan demi melihat keluarga tercinta bahagia?

Pilihan di tangan anda. Tiada orang lain boleh membuat keputusan tersebut untuk anda.

Ebook Panduan Bekerja Di Singapura

Anda ingin mencari kerja di Singapura?

Antara cabaran terbesar anda adalah:

ingin cari kerja di Singapura
tapi tak tahu cara cari kerja
tak tahu dokumen yang diperlukan
tiada tempat tinggal & penginapan
masalah pengangkutan dll...

Jika anda cari bahan rujukan untuk bantu anda cari kerja di Singapura, kami ingin rekomen ebook Panduan Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura.

panduan mencari kerja dan bekerja di singapura

Rujukan ini cukup lengkap bagi membantu anda untuk mulakan langkah mencari kerja di Singapura.

Ebook ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan telah berjaya membantu ramai rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pekerjaan di Singapura dengan ebook tulisan beliau.

Jika anda serius mahu cari kerja di Singapura tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mula, ebook ini memang untuk anda.

PENTING:

Ebook ini ditulis sebelum Covid-19 melanda. Disebabkan Covid-19, sebahagian besar teknik serta panduan yang ditunjukkan di dalam ebook ini tidak dapat dipraktikkan.

Anda perlu menunggu covid-19 pulih dan perjalanan ke luar negara dibenarkan semula oleh kerajaan untuk mempraktikkan sepenuhnya ilmu yang diajarkan di dalam ebook.

Klik cover ebook atau button Tempah Rujukan untuk maklumat lanjut.

Strategi mencari kerja
Dokumen-dokumen penting
Tempat tinggal & penginapan
Pengangkutan
Perkara penting lain
Tempah Rujukan

Akhir Kata

Semoga usaha dan pengorbanan anda untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat dipermudahkan. Semoga anda berjaya mencari kerja di Singapura.