Anda baru bergraduasi dan akan menghadiri temuduga dalam masa terdekat?

Para majikan mempunyai kriteria tersendiri apabila mahu mengambil pekerja. Dan mereka mempunyai masa yang sangat singkat untuk menilai anda ketika temuduga.

Ada beberapa perkara yang boleh anda elakkan supaya ia tidak memberi tanggapan negatif terhadap anda. Antaranya:

Jangan Datang Lambat

First Impression sangat penting ketika temuduga kerja. Jika anda datang lambat, ia akan beri tanggapan buruk terhadap anda.

Apabila anda datang lewat, anda telah mengganggu jadual kerja bakal majikan anda pada hari tersebut. Belum apa-apa lagi anda sudah beri sebab untuk mereka reject anda.

Jangan Lupa Bawa Resume Dan Dokumen Penting

Jangan sampai jadi begini. Ada kes graduan fresh graduate terlupa untuk membawa resume mereka ketika temuduga.

Buat persediaan. Susun dokumen-dokumen penting anda di dalam fail khas. Senang nanti jika bakal majikan anda mahu lihat.

Sediakan juga salinan sijil-sijil anda dan boleh beri jika ia diminta.

Jangan Malu Tidak Bertempat

Malu biar tempat dan ketika temuduga bukanlah tempat untuk malu-malu. Ingat bahawa ketika temuduga anda sedang dinilai oleh bakal majikan sama ada anda layak atau tidak untuk jawatan yang dipohon.

Sesi temuduga sangat singkat. Tonjolkan diri anda ketika temuduga. Bagaimana mereka dapat menilai anda dengan yang baik jika anda malu-malu hendak menjawab soalan yang ditanya?

graduan fresh graduate demand gaji tinggi

Jangan Ambil Masa Terlalu Lama Untuk Jawab Soalan

Eh! Tidak boleh nak fikir dulu sebelum jawab ke?

Tidak salah jika anda ambil masa sedikit untuk fikir dahulu sebelum jawab soalan yang diajukan. Lagi-lagi apabila soalan yang ditanya itu soalan yang diluar jangkaan.

Tetapi jangan ambil masa yang terlalu lama untuk berfikir.

Jangan Demand Gaji Tidak Munasabah

Walaupun anda memiliki ijazah, master mahupun phd kelas pertama sekali pun. Ia tidak bermakna apabila anda tidak mempunyai pengalaman kerja dalam industri yang dimahukan oleh kebanyakan majikan.

Sekiranya anda tiada pengalaman kerja. Jangan minta gaji yang tidak munasabah. Tiada majikan yang mahu memberi gaji yang tinggi kepada graduan fresh graduate yang tiada pengalaman kerja.

Jika anda adalah seorang majikan, mahukah anda bayar gaji RM6000 kepada graduan fresh graduate yang tiada langsung pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon?

Jangan Tunjuk Sangat Anda Tiada Pengalaman

Anda sebagai graduan fresh graduate mungkin tiada pengalaman kerja. Tetapi anda boleh tonjolkan kualiti lain yang ada pada diri anda.

Jawab soalan yang diajukan dengan yakin dan jangan tergagap-gagap. Buat persediaan sebelum hadir ke temuduga kerja.

Jangan lakukan sesuatu yang membuatkan bakal majikan anda berasa kurang yakin dengan diri anda.

Akhir Kata

Walaupun anda baru bergraduasi dan tidak mempunyai pengalaman, anda juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang anda idamkan. Jangan sesekali putus asa.

Kami doakan semoga anda berjaya.

Artikel Bersiri: Temuduga:

  1. Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja
  2. Graduan Jangan Buat Perkara Ini Untuk Temuduga
  3. Bolehkah Jawab Soalan Temuduga Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu?