Anda dipanggil ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41? Sebenarnya… Bagaimana proses lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan secara ringkas proses lantikan PTD.

Proses Lantikan PTD

Proses lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik sedikit berbeza dengan jawatan lain.

Bagi kebanyakan jawatan dalam kerajaan apabila berjaya diperingkat temuduga, calon akan terus diserap masuk dalam jawatan yang dimohon. Tetapi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, proses tidak begitu.

Semua calon akan bermula dengan membuat permohonan dengan mengisi borang SPA9 secara online.

Calon yang memenuhi syarat kelayakan seterusnya akan dipanggil menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

Semua calon bermula dari sini. Tiada yang terkecuali... Calon ditapis berdasarkan merit mereka!

Selepas lulus peperiksaan online, barulah mereka mara ke peringkat seterusnya pula.

Bagaimana pula proses seterusnya?

Berikut adalah proses lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Daftar SPA9 > Peperiksaan Online (PSEE) > Profession Assessment Center (PAC) > Ujian Fizikal (UKJK) > Temuduga SPA > Kadet PTD > DPA > Pegawai Tadbir Diplomatik

proses pelantikan pegawai tadbir diplomatik

Selepas lulus temuduga PTD M41, calon akan diserap sebagai Kadet PTD. Kemudian calon perlu lulus DPA sebelum dilantik menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Sekiranya gagal calon perlu mencuba lagi.

Bukan setakat gagal sekali-dua... Ada calon yang gagal berkali-kali sebelum mereka berjaya ke peringkat akhir dan dilantik menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Disebabkan proses untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini mencabar, ia boleh dikatakan sebagai jawatan elite dalam perkhidmatan awam.

Apa pun... Anda perlu...

Lulus Peperiksaan Online Terlebih Dahulu!

Walaupun prosesnya agak panjang, fokuskan usaha anda untuk lulus Peperiksaan Online PSEE terlebih dahulu. Setelah lulus peperiksaan online, fokus pula untuk untuk langkah berikutnya.

Untuk peperiksaan online PTD M41, study mengikut format peperiksaan yang telah diberikan SPA.

Sekarang anda sudah mengetahui proses lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Kami doakan agar anda lulus peperiksaan online PTD dan mara ke peringkat ujian fizikal pula.