Ujian Psikometrik: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Exam Online Ini?

Bismillah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa perkara mengenai Ujian Psikometrik SPA yang sering ditanyakan oleh calon yang terlibat dalam temuduga kerja kerajaan.

Kami dapati ada sebilangan dari calon yang kerap menanyakan soalan yang sama berulang kali. Jadi kami ambil keputusan untuk kongsikan jawapan kepada soalan yang ditanya dalam artikel ini.

Jadi apa yang anda perlu tahu tentang ujian psikologi ini?

Baca: [ 20 Contoh Soalan Psikometrik Untuk Anda Cuba Jawab ]

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menilai calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.

Ujian ini wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.

Tiada format tetap untuk soalan dan jawapan yang digunakan dalam ujian ini. Tetapi calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.

Pilihan jawapan pula boleh terdiri dari semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain

Anda nak tahu tak apakah perkara yang boleh dinilai oleh SPA melalui ujian psikologi ini?

APA Perkara YANG DINILAI DALAM UJIAN PSIKOMETRIK?

Ada banyak perkara tentang diri anda yang boleh dinilai melalui ujian psikometrik. Penilaian ini penting bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja diambil untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Antara perkara yang dinilai termasuklah:

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • Dan lain-lain

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Tiada markah lulus bagi ujian psikometrik. Ujian ini bertujuan untuk menguji personaliti calon. Tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.

Cuma…

Soalan ujian psikometrik ini tricky sedikit.

Soalan dengan maksud yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza bagi memastikan penilaian terhadap calon yang mengambil ujian psikometrik tersebut adalah tepat.

Jadi sukar untuk anda menipu perwatakan diri anda lebih-lebih lagi jika anda tidak membuat sebarang latihan.

Kekangan Masa Menjawab

Sewaktu ujian nanti, anda perlu menjawab banyak soalan. Tapi tempoh menjawab pula sangat singkat. Bayangkan, anda ada kurang dari 1 saat untuk menjawab semua soalan yang anda jawab.

Kekangan masa menjawab inilah menyeabkan ramai calon kecundang. Ada yang tidak sempat menjawab semua soalan.

Tengah sibuk menjawab soalan… 
Tengah sibuk semak jawapan…

Tiba-tiba terkeluar.

Ramai yang tak sempat nak tamatkan ujian dengan betul.

portal ujian psikometrik spa
Portal Ujian Psikometrik SPA

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL UJIAN PSIKOMETRIK?

Ujian psikometrik SPA hanya boleh diambil secara online. Oleh itu anda perlukan talian internet dan juga laptop ataupun komputer.

Anda boleh mengambil ujian menggunakan smartphone.

Tetapi disarankan supaya anda gunakan laptop ataupun komputer sahaja untuk menjawab soalan ujian dengan lebih selesa.

Bagi calon yang diminta mengambil ujian psikometrik selepas lulus temuduga kerja kerajaan, portal untuk ujian psikometrik online SPA boleh diakses melalui link di bawah ini.

http://psikometrik.spa.gov.my

Penting:

Jika anda diminta untuk menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan, pastikan anda menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.

Beri perhatian kepada link bagi memasuki ujian yang diberikan kepada anda. Link anda mungkin berbeza dari calon lain.

Pastikan anda kerap memeriksa emel yang anda gunakan sewaktu mendaftar SPA8i untuk sebarang makluman dari pihak SPA.

Banyak kes telah berlaku.

Ramai calon terlepas mengambil ujian online SPA kerana mereka tidak memeriksa emel mereka.

BERAPAKAH JUMLAH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK YANG PERLU DIJAWAB?

Jumlah soalan tidak tetap dan berubah ikut keperluan ujian online yang dijalankan pihak SPA. Anda jangan risau sebab SPA akan maklumkan jumlah soalan dan tempoh menjawab kepada anda.

Jadi anda ada masa untuk buat persediaan.

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Cuba anda kira, berapa masa yang anda ada untuk menjawab 1 soalan?

Anda rasa cukup tak?

soalan matematik ujian psikometrik
Ujian Psikometrik SPA kini mempunyai soalan matematik.

Betul ke ADA SOALAN Psikometrik Matematik?

Ya betul, memang ada soalan matematik.

Bermula Jun 2018 pihak SPA telah memasukkan komponen soalan Daya Menyelesaikan Masalah dalam soalan ujian psikometrik SPA.

Untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 sesi Januari 2019 misalnya, calon perlu menjawab 115 soalan. 30 soalan mengandungi soalan Daya Menyelesaikan Masalah. Baki 85 soalan lagi pula soalan psikologi.

Jadi selain membuat latihan untuk jawab soalan psikometrik, anda juga perlu membuat latihan menjawab soalan matematik.

SAYA TAK SEMPAT JAWAB SEMUA SOALAN

“Tolong! Saya tak sempat jawab semua soalan!”

Jika anda hadapi situasi ini.

Bertenang.

Semua jawapan anda selamat kerana sistem ujian online SPA ada fungsi autosave. Jawapan anda akan autosave apabila masa menjawab tamat.

Bagi yang sempat pula, selepas anda selesai menjawab soalan ujian, anda perlu klik button “SELESAI” dan satu notifikasi akan dipaparkan.

“ANDA SELESAI MENJAWAB SOALAN”.

Tahniah sekiranya anda dapat menjawab soalan ujian psikometrik anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

KOLEKSI SOALAN PSIKOMETRIK

Dalam ujian psikometrik, anda harus menonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif pada diri anda.

Kena buat latih tubi untuk biasakan diri.

Bila anda kurang buat latihan latih tubi, nanti mudah untuk anda terperangkap dalam perangkap soalan psikologi yang telah disusun.

Oleh itu rajin-rajinkan diri anda untuk buat latih tubi.

Anda suka tak kalau kami berikan anda:

  • ✓ Tips menjawab soalan
  • ✓ Contoh soalan psikometrik
  • ✓ Cara menjawab soalan supaya tak tersasar
  • ✓ Penerangan mengenai perangkap-perangkap psikometrik
  • ✓ Penerangan mengenai apa yang bakal menggagalkan psikometrik anda

Semua persiapan ini boleh bantu anda untuk lulus dalam ujian psikometrik.

Sekiranya anda betul-betul perlukan bahan rujukan, kami rekomen anda untuk dapatkan bahan rujukan ini. Lagi memudahkan anda untuk fokus study sebab semua bahan sudah dikumpulkan.

Klik SINI ] atau klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

rujukan ujian psikometrik spa

PENUTUP

Kami harap artikel ini membantu menjawab persoalan yang dihadapi oleh calon yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA terutama sekali bagi mereka yang akan menjawab seksyen soalan ujian psikometrik.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, mohon emelkan kepada kami di [email protected]. Insyaallah tim kami akan balas emel anda.

Baca: [ 20 Contoh Soalan Psikometrik Untuk Anda Cuba Jawab ]

  • MIMI ELLYSHA BT MUSLIM says:

    Salam, sy nk tanya kalau lepas kita jwab tapi x sempat tekan submit dia kira macam mana eh? Tgh2 semak jwapan blik tetiba kluar. Masa x ckup ?.

  • Tak lulus, tadi baru semak keputusan, tunggu email tak sampai sampai…hampehh penat tunggu..

    • Macam mana nak cek sama ada lulus ke tak?

      • Misi Kerjaya says:

        Follow FB SPA Malaysia.

        Bila keputusan sudah keluar, SPA akan buat pengumuman dan mereka akan beri link untuk buat semakan.

  • >