Bismillah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa perkara mengenai Ujian Psikometrik SPA yang sering ditanyakan oleh calon yang terlibat dengan Ujian Psikometrik.

Apakah Format Ujian Psikometrik?

Tiada format tetap untuk soalan dan jawapan yang digunakan dalam Ujian Psikometrik. Anda akan diberikan soalan objektif dengan beberapa pilihan jawapan.

Pilihan jawapan pula boleh terdiri dari 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain
penilaian ujian psikometrik

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik?

Bagi memastikan anda adalah seorang calon yang berkualiti, hal-hal berkaitan personaliti dan keperibadian anda akan dinilai. Antara perkara yang dinilai termasuklah:

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • Dan lain-lain

Semasa menjawab Ujian Psikometrik, tontolkan nilai-nilai positif anda. Anda mahu dinilai sebagai seorang yang positif dan bukan seorang yang negatif.

Berapakah Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Dalam Ujian Psikometrik, tiada jawapan betul atau salah. Jadi tiada markah lulus untuk ujian ini. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini... Anda dinasihatkan supaya menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda.

Dalam Ujian Psikometrik, soalan dengan maksud yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza bagi memastikan penilaian terhadap calon adalah tepat. Oleh sebab itu, jawapan anda juga perlu KONSISTEN.

Ramai calon yang tidak membuat latihan, mereka ini lebih mudah untuk terperangkap dengan jerat soalan psikometrik yang telah disusun. Ini akan menyebabkan skor nilaian positif mereka ditolak.

Untuk skor maksimum nilaian positif anda, mahu tidak mahu anda perlu memperbanyakkan membuat latihan menjawab soalan psikometrik bagi membiasakan diri menjawab soalan psikometrik.

markah lulus ujian psikometrik

Bila Nak Ambil Ujian Psikometrik?

Anda perlu ambil Ujian Psikometrik pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh SPA. Semak link bagi memasuki ujian yang anda terima. Link anda itu mungkin berbeza dengan link calon lain.

Maklumat tentang link memasuki peperiksaan, tarikh dan masa ada dinyatakan dalam emel yang anda terima dari SPA.

Untuk elakkan terlepas mengambil peperiksaan online, pastikan anda kerap memeriksa emel yang anda gunakan sewaktu mendaftar SPA9.

Banyak sudah kes calon terlepas mengambil ujian online SPA kerana tidak perasan mereka telah dipanggil menghadiri peperiksaan online oleh SPA.

Berapakah Jumlah Soalan Yang Perlu Dijawab?

Jumlah soalan tidak tetap dan berubah ikut keperluan ujian online yang dijalankan pihak SPA. Anda jangan risau sebab SPA akan maklumkan jumlah soalan dan tempoh menjawab kepada anda.

Jadi anda ada masa untuk buat persediaan.

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Cuba kira berapa masa yang anda ada untuk menjawab 1 soalan?

Anda rasa cukup tak?

soalan matematik ujian psikometrik

Betul Ke Ada Soalan Psikometrik Matematik?

kami tidak boleh beri jawapan yang tepat untuk soalan ini.

Ia bergantung kepada jawatan.

Kadang-kadang ada... Kadang-kadang tak ada.

Untuk jawatan tertentu, dalam ujian psikometrik mereka ada dimasukkan soalan matematik.

Tetapi dalam kebanyakan sesi ujian psikometik, boleh dikatakan majoritinya tiada langsung soalan matematik.

SAYA TAK SEMPAT JAWAB SEMUA SOALAN

"Tolong… Saya tak sempat jawab semua soalan!"

Jika anda hadapi situasi ini.

Bertenang.

Semua jawapan anda selamat kerana sistem ujian online SPA ada fungsi autosave. Jawapan anda akan autosave apabila masa menjawab tamat.

Bagi yang sempat pula, selepas anda selesai menjawab soalan ujian, anda perlu klik button "SELESAI" dan satu notifikasi akan dipaparkan.

"ANDA SELESAI MENJAWAB SOALAN".

Tahniah sekiranya anda dapat menjawab soalan ujian psikometrik anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ebook Asas Psikometrik!

Dapatkan ebook Asas Psikometrik secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Ujian Psikometrik dalam satu ebook ringkas.

Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan psikometrik
Contoh soalan perangkap
Tips menjawab soalan

Daftar nama dan emel anda untuk download. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

Akhir Kata

Kami harap artikel ini membantu menjawab persoalan yang dihadapi oleh calon yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA terutama sekali bagi mereka yang akan menjawab seksyen soalan ujian psikometrik.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, mohon emelkan kepada kami di support@misikerjaya.com. Insyaallah tim kami akan balas emel anda.