Jika anda sedang membaca artikel ini, bermaksud anda berminat untuk menjadi jururawat. Dan dalam artikel ini kami terangkan tentang cara jadi jururawat melalui Program Latihan Separa Perubatan.
Kelebihan Memasuki Latihan Separa Perubatan
Apa kelebihan Latihan Separa Perubatan ini sampai ramai sangat yang nak masuk?
Yuran Pengajian Ditanggung Kerajaan
Apabila anda memasuki Latihan Separa Perubatan, yuran pengajian anda akan ditanggung sepenuhnya. Anda tak perlu guna duit anda sendiri.
Berbeza jika anda belajar di kolej awam ataupun di kolej swasta. Di kolej awam dan kolej swasta, anda perlu bayar yuran pengajian anda sendiri.
Mendapat Biasiswa
Apabila anda memasuki Latihan Separa Perubatan, anda dibayar untuk belajar.
Jika anda ambil kursus peringkat diploma, anda akan menerima biasiswa sebanyak RM835.57 setiap bulan. Manakala yang di peringkat sijil pula akan menerima RM755.06 setiap bulan.
Jumlah ini lebih dari cukup untuk buat belanja jika anda berbelanja secara berhemah.
Diserap Masuk Sebagai Penjawat Awam
Apabila anda memasuki Latihan Separa Perubatan, sebaik sahaja habis belajar, peluang anda diserap masuk sebagai penjawat awam sangat tinggi.
Tetapi tiada jaminan akan akan dipanggil berkhidmat dengan KKM. Kerana sekarang ini masih ramai lepasan Latihan Separa Perubatan menunggu panggilan dipanggil untuk berkhidmat.
Jika ada calon yang lebih cemerlang, pasti mereka ini akan diberi keutamaan berbanding calon yang kurang cemerlang bukan?
Anda masih lagi bersaing selepas tamat belajar. Setiap tahun panggilan memasuki Latihan Separa Perubatan dibuka.

Kekurangan Memasuki Latihan Separa Perubatan
Walaupun memasuki Latihan Separa Perubatan mempunyai kelebihan, ia juga mempunyai kekurangan. Antaranya:
Terikat Dengan Kerajaan
Selepas tamat pengajian, anda akan terikat dengan kerajaan selama 4 tahun. Anda tidak boleh berhenti kerja ataupun bekerja di sektor swasta selagi anda terikat dengan kerajaan.
Gaji Permulaan Rendah
Satu lagi, gaji permulaan apabila anda mula bekerja nanti agak rendah. Bagi yang tamat pengajian peringkat diploma, gaji permulaan anda adalah RM1797. Manakala yang tamat pengajian peringkat sijil, gaji permulaan anda adalah RM1360.
Bagi sesetengah orang gaji permulaan ini agak rendah. Lagi-lagi untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos sara hidup di bandar agak tinggi.
Pengajian Peringkat Sijil & Diploma Sahaja
Latihan Separa Perubatan ini hanya menyediakan pengajian di peringkat sijil dan diploma sahaja. Tidak ada sebarang pengajian di peringkat ijazah.
Dan jika anda mahu sambung belajar, anda perlu kerja dengan kerajaan dulu baru anda boleh sambung belajar.
Nota Persediaan
Jika anda mencari bahan rujukan, kami ingin cadangkan rujukan di bawah. Isi nama dan emel anda untuk maklumat lanjut mengenai nota persedian peperiksaan online ini.
Penutup
Semoga artikel ini membantu anda sedikit sebanyak. Terutama sekali bagi yang mahu bekerja sebagai jururawat kerajaan melalui Latihan Separa Perubatan.
Baca: [ Cara Jadi Jururawat Untuk Lepasan SPM ]
Kalau langgar kontrak dan mahu berhenti sebelum cukup 4 tahun. Apakah tindakan undang-undang yg dikenakan?
Ikut dari borang aku janji yg telah ditandatangani pelatih dahuku…kena bayar denda rm110k
Kontrak ni sama macam ipg wajib jdi cikgu..kalau langgar rabak kena tau..nama pun dapat scolarship…tpi ok lh tu 4 thun je
macamana nak mohon kursus diploma bidang spara perubatan di kkm
Kalau bukan sains tulen pun boleh x?
Assalamualaikum . sy nk tanya . kalau dh habis kerja selama 4 tahun . kontrak dh hbis. mksudnya lpastu kami kene struggle balik cari kerja atau boleh truskan kerja ?
Yang masuk program Separa Perubatan, mereka ini terikat dengan KKM dan perlu berkhidmat dengan KKM. Sekiranya mereka ingin bekerja di hospital swasta, perlu tunggu kontrak tamat.