Adakah tali leher yang anda pakai ketika menghadiri temuduga sesuai? Anda mungkin rasa ia perkara remeh. Tetapi dengan memakai tali leher yang betul ia akan membuatkan anda nampak lebih profesional.

Terdapat 3 jenis tali leher yang biasa dijual.

  • Tali leher jenis skinny
  • Tali leher jenis narrow
  • Tali leher jenis standard

Jenis Dan Saiz Tali Leher

Tali leher jenis mana yang patut anda pakai ketika temuduga?

tips memilih saiz tali leher

Skinny

Lebar tali leher jenis skinny adalah antara 1.5 inci hingga 2 inci.

Dan ia sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berbadan kurus. Tali leher jenis skinny hanya sesuai untuk majlis yang kasual dan separa formal.

Walaupun nampak cantik, anda jangan sesekali memakai tali leher jenis ini ketika menghadiri temuduga kerja. Sebaliknya pakai tali leher jenis narrow atau tali leher jenis standard.

Narrow

Tali leher jenis narrow ideal untuk semua jenis badan. Dari mereka yang berbadan kurus, sederhana mahupun yang berbadan besar. Semua sesuai memakainya.

Lebar tali leher jenis narrow adalah antara 2.75 inci hingga 3 inci.

Anda boleh memakai tali leher jenis narrow untuk menghadiri temuduga. Ia sesuai dipakai untuk sebarang urusan rasmi dan juga majlis formal.

Selain itu ia boleh dipakai untuk pembentangan dan juga mesyuarat.

Standard

Tali leher jenis standard hanya sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan besar dan berbadan lebar sahaja.

Lebarnya antara 3.5 inci hingga 4 inci lebar. Ia sesuai untuk dipakai ketika menghadiri temuduga.

Akhir Kata

Sekarang anda sudah pun mengetahui jenis tali leher yang patut anda pakai ketika menghadiri temuduga. Semoga anda berjaya dalam temuduga yang anda akan hadiri tidak lama lagi.

Artikel Bersiri: Tali Leher:

  1. Video Tutorial Cara Ikat Tali Leher
  2. Cara Memakai Tali Leher Dengan Betul
  3. Tips Memilih Saiz Tali Leher Yang Sesuai
  4. Tips Padankan Tali Leher Dengan Baju Kemeja