3 Tips Padankan Tali Leher Dengan Baju Kemeja Untuk Temuduga

Anda akan menghadiri temuduga dalam masa terdekat? Dan anda tak tahu cara nak padankan tali leher dengan baju kemeja yang dipakai?

Kami kongsikan tips padankan tali leher dengan baju kemeja yang boleh anda ikut.

Lepas ini pasti anda tiada lagi masalah untuk padankan tali leher dengan baju kemeja anda.

Tips mudah apabila memakai tali leher:

Situasi 1:

Apabila baju kemeja yang anda pakai itu berjalur/berkotak, pilih tali leher yang kosong/bertekstur/bertona warnanya.

Situasi 2:

Apabila baju kemeja yang anda pakai itu kemeja kosong, pilih tali leher yang berjalur/berkotak.

Situasi 3:

Apabila baju kemeja yang anda pakai itu berwarna cerah, pilih tali leher yang berwarna lebih gelap.

Selesai.

Penutup

Mudah sajakan hendak padankan tali leher dengan baju kemeja anda?

Baca: [ Tips Memilih Saiz Tali Leher ]

>