Bismillah.
Artikel ini pendek sahaja. Cuma nak jawab soalan bagaimana cara mohon jawatan guru KAFA.
Untuk memohon, anda perlu mengisi borang permohonan menjadi guru KAFA terlebih dahulu. Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Pendidikan Daerah.
Boleh ambil borang pada bila-bila masa sahaja sebab permohonan untuk menjadi guru KAFA dibuka sepanjang tahun.
Anda isi borang permohonan tadi dan hantar.
Nanti bila ada kekosongan dan jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda akan dipanggil untuk hadir temuduga guru KAFA.
Syarat & Kelayakan Jadi Guru KAFA
Syarat untuk menjadi guru KAFA:
- Warganegara malaysia
- Umur 18 tahun ke atas dan 60 tahun ke bawah.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
- Lulus Bahasa Malaysia.
- Lulus pendidikan Islam atau lulus pendidikan Al-Quran atau lulus Syariah Islam. Dan;
- Lulus bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.
- Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.
Penutup
Semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin mohon menjadi guru KAFA.
Like & share artikel ini dengan kawan-kawan ya!
Baca: [ Contoh Soalan Ujian Bertulis Temuduga Guru Kafa ]
Baca: [ Contoh Soalan Ujian Lisan Temuduga Guru Kafa ]
Kelulusan SPM ..boleh baca jawi dan mengaji..layakkah memohon cikgu kafa..t.kasih
macam mana nak mohon , ada kekosongan?
Untuk mohon, cik kena isi borang. Boleh ambil di Pejabat Pendidikan Daerah
Asalkan memenuhi syarat kelayakan cik boleh mohon untuk jadi guru kafa.
Warganegara malaysia
Umur 18 tahun ke atas dan 60 tahun ke bawah.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
Lulus Bahasa Malaysia.
Lulus pendidikan Islam atau lulus pendidikan Al-Quran atau
lulus Syariah Islam. Dan;
Lulus bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.
Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.
Kalau hanya ada STAM dan tidak mempunyai SPM layak x memohon kafa
Sijil yang setaraf dengan SPM boleh digunapakai. 🙂
Boleh ka sy memohon menjadi guru kafa. Sy tidak mempunyai spm. cuma BM setara. sy mempunyai sijil smu & diploma vokasional.
Dalam syarat kelayakan, biasanya memerlukan calon memiliki sijil SPM. Jika mempunyai kelayakan yang setara dengan SPM, atau yang lebih tinggi seperti diploma atau ijazah, insyaallah boleh guna.
Sijil itu menunjukkan kita mempunyai kelayakan dan pengetahuan dalam bidang.
Saudara boleh cuba isi borang permohonan menjadi guru kafa. Ada rezeki, insyaallah akan dipanggil untuk sesi temuduga guru kafa.
Salam admin… borang kafa ni blh dihntr melalui pos x? Atau kita prlu pg sndri dkt pjbt utk hntr borg?
Assalam. Untuk lepasan sekolah pondok mcm mana pula syaratnya..?
Untuk memohon ada syarat kelayakan.
Asal cik memenuhi syarat kelayakan, insyaallah cik akan dipanggil untuk hadir temuduga guru KAFA.
Tidak boleh ke minta cg kafa online?
Setakat ini belum ada lagi permohonan secara online untuk jawatan Guru Kafa.
Sy ada spm, sijil darjah khas sek agama pangkat 1,layak ke sy? Bole sy taw guru kafa ni mengajar apa?
Cik rujuk syarat kelayakan memohon jawatan guru KAFA ya.
Saya nak mohon guru ganti kafa di kedah macammana ya ?
Untuk guru ganti saya kurang pasti.
Cik boleh cuba tanya Pejabat Pendidikan Daerah. Atau cuba tanya secara terus dengan pihak sekolah.
Mereka lebih arif.
lps isi borang … blh ke borang tu dihantar secara pos je
Cik cuba dapatkan kepastian dari Pejabat Pendidikan Daerah. Atau cik cuba pos saja.
Jika tidak pos, borang cik pasti tidak diterima.
bagaimana cara untuk tahu,, kita diterima sebagai guru kafa..?
Calon yang layak akan dipanggil untuk hadir ujian bertulis dan temuduga Guru KAFA.
Seterusnya calon yang berjaya akan menerima makluman untuk petempatan dan lain-lain.
saya gagal bahasa arab tinggi dalam spm, tapi saya ada sijil stam dan fresh graduate universiti yang ada subjek bahasa arab nahu, sorof, balaghah dan lulus kesemuanya, layak ke mohon guru kafa?
sy ada memohon Kafa klang dgn memgemukakan akuan majikan beserta srt pertukaran suami dr johor ke selangor pd ogos 2019 Dan msih belom menerima APA2 jwpn.sehingga kini sy msih berpjj.pertanyaan sy bolakah tarikh temuduga pengambilan Kafa sesi 2020
Pengambilan Guru KAFA adalah mengikut keperluan.
Jika ada keperluan, calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga Guru KAFA.
Assalamualaikum,
Saya mahu menjadi Guru KAFA kerana ada Pengalaman Intern Menjadi Guru KAFA. Tapi kalau Tiada Bahasa Arab dalam SPM rasanya masih boleh membuat Permohonan? Sekarang tengah Ikuti Kelas Bahasa Arab di luar.
Assalamulaikum.. Saya ingin menjadi seorang guru kafa, saya mempunyai sijil SPM. Tetapi semasa ambilan peperiksaan SPM saya tidak mengambil matapelajaran bahasa Arab. Walaubagaimanapun saya ada asas bahasa arab dan fasih dalam pendidikan islam, jawi ,boleh mengajar Al-Quran. Jika begitu bolehkah saya menjadi seorang guru kafa?
Kelulusan STAM… Boleh membaca jawi, menulis dan mengaji sebagainye… Layakkah memohon guru kafa… Terima kasih
Assalam..saya lepasan tahfiz dan sy tidak mempunyai sijil.. tetapi sy ada pengalaman mengajar selama 4 tahun..layak ke untuk sy memohon atas pengalaman sy bekerja sahaja.. ?
Guru kafa mesti ada klulusan spm…utk lepasan spm yg sdg tggu result x bleh memohon utk jwtn guru kafa ke?
Ingin memohon untuk mengisi jawatan guru Kafa di Kelantan..mempunyai pengalaman mengajar Kafa di Johor dan Selangor
kelulusan SPM , boleh membaca jawi ,
asslmualaikum,sy ingin memohon jawatan sbg guru kafa
Untuk memohon, cik perlu ambil borang dan hantar permohonan.
Assalammualaikum wbrt..sy berminat ingin memohon sebagau guru kafa..Lulusan stpm & darjah khas pangkat 1
Saya ad sijil tahfiz blh dptkn UTK mohon guru kafa?
Cik perlu lihat kelayakan minimum yang diperlukan untuk mohon. Mohon download ebook Guru Kafa ya, dalam itu kami ada susun hal berkaitan Guru Kafa. Isi nama dan emel untuk download.
Kalau pemegang SPM yang tiada bahasa arab boleh memohon kah?
Lihat kepada kelayakan minimum yang diperlukan.
Boleh guna juga sijil dan kelayakan yang setaraf dengannya.
Saya ingin menjawat jawatan sebagai Guru kafa di Selangor.
Macam mane nk mohon guru kafa?
Assalamualaikum macam mane cara untuk me mohon guru kafa
Saya cuma ada SPM dan tak ambil bahasa Arab.Boleh ke saya mohon?