Bismillah.

Dalam artikel sebelum ini, kami ada berkongsi tentang Cara Memohon Jawatan Guru Kafa. Dalam artikel ini kita akan menyambung lagi artikel berkenaan topik Guru Kafa ini.

Kami yakin sekiranya anda baru pertama kali menghadiri temuduga Guru Kafa, artikel ini pasti sedikit sebanyak akan membantu anda untuk membuat persediaan bagi menghadiri temuduga anda.

Insyaallah.

Temuduga Guru Kafa

Persediaan menghadapi temuduga sangat penting. Ia membolehkan anda hadir ke temuduga dengan penuh yakin sekaligus menaikkan lagi kredibiliti anda di mata panel penemuduga.

Temuduga Guru Kafa terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu:

  • Ujian bertulis Guru Kafa
  • Ujian lisan Guru Kafa

Dalam artikel ini, kita akan fokus pada topik ujian bertulis terlebih dahulu. Dalam artikel seterusnya, kita akan fokus pada topik ujian lisan pula.

Ujian Bertulis Guru Kafa

Dalam ujian bertulis Guru Kafa, soalannya adalah berbentuk soalan subjektif. Soalan ujian akan ditulis dalam tulisan jawi dan juga arab.

Anda perlu menjawab dalam tulisan jawi dan diberikan tempoh masa selama 1 jam untuk menjawab soalan.

Soalan ujian boleh merangkumi topik-topik berikut:

  • Sirah
  • Al-quran
  • Tajwid
  • Akhlak
  • Fekah
  • Tauhid
  • Jawi
  • Bahasa Arab
  • Sahsiah

Contoh Soalan Al-Quran

Dalam bahagian ini anda akan diminta untuk menulis ayat Al-Quran beserta barisnya sekali.

Contoh:

  • Tuliskan ayat 1-5 surah Al-Fatihah dengan resam Uthmani.
  • Tuliskan ayat 1-5 surah Yasin dengan resam Uthmani.

Contoh Soalan Sirah

Banyak topik yang boleh ditanya berkaitan sirah.

Antaranya, kisah-kisah nabi, hijrah nabi Muhammad, peperangan dalam Islam, wahyu pertama dan kiblat orang Islam.

Contoh:

  • Bila nabi Muhammad s.a.w menunaikan haji widak?
  • Siapakah sahabat nabi yang telah menggantikan nabi ditempat tidurnya sewaktu nabi berhijrah?

Soalan Bahasa Arab

Dalam bahagian ini anda boleh diminta untuk:

  • Menterjemahkan bahasa arab ke bahasa melayu atau sebaliknya.
  • Buat ayat berdasarkan perkataan arab yang diberikan.

Soalan berkaitan dengan mufrat, musanna dan jamak juga boleh tanya dalam bahagian ini.

Soalan Jawi

Dalam bahagian ini, anda akan diminta untuk menjawikan perkataan yang diberi.

Contoh:

Jawikan perkataan berikut:

  • Universiti
  • Internet
  • Transformasi

Soalan Lain Yang Boleh Ditanya

Kebanyakan soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan pengetahuan asas agama Islam.

Contoh:

  • Bila solat difardhukan
  • Hukum ibadah korban
  • Beza korban dan akikah
  • Dalil dosa dan pahala
  • Rukun iman dan rukun Islam
  • Sifaf wajib bagi Allah
  • Hujum tajwid
  • Tuliskan doa qunut beserta baris
  • Nabi ulul-azmi

Ebook Guru Kafa!

Download ebook Guru Kafa secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Guru Kafa dalam satu ebook ringkas.

Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan ujian lisan
Contoh soalan ujian bertulis

Daftar nama dan emel anda untuk download. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

Akhir Kata

Dalam temuduga Guru Kafa, anda akan diuji bagi memastikan anda benar-benar berkelayakan untuk mengajar dan mempunyai ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi seorang guru.

Semoga artikel ini mambantu anda untuk lebih bersedia bagi menghadapi temuduga Guru Kafa.

Insyaallah.

Artikel Bersiri: Guru KAFA:

  1. Cara Memohon Jawatan Guru Kafa
  2. Contoh Soalan Ujian Bertulis Temuduga Guru Kafa
  3. Contoh Soalan Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA