30 Contoh Soalan Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA

Bismillah.

Dalam artikel ini kita akan sambung pula tentang topik Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA. Dalam artikel sebelum ini kami ada kongsikan artikel tentang Ujian Bertulis Guru KAFA.

Untuk layak ke peringkat ujian lisan anda perlu terlebih dahulu lulus ujian bertulis. Jika anda gagal, anda tidak akan dipanggil untuk sesi temuduga guru KAFA.

Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA

Format ujian lisan lisan guru KAFA sama dengan temuduga kerja biasa. Bezanya hanya pada soalan yang ditanya sahaja.

Dalam mana-mana temuduga, 99% soalan pertama dan pasti akan ditanya adalah soalan yang meminta anda memperkenalkan diri.

Untuk temuduga guru KAFA, biasanya soalan ayat hafazan akan ditanya di awal sesi temuduga. Anda akan diminta untuk membacakan beberapa surah lazim.

30 Contoh Soalan Temuduga Guru KAFA

Dalam temuduga KAFA, soalan yang ditanya banyak berkaitan dengan ilmu asas agama. Yang mana memang ramai yang sudah tahu pun. Sebab ia ada diajar di sekolah.

Seeloknya anda perlu juga perlu tahu sedikit sebanyak berkaitan negeri anda. Contohnya, nama sultan dan menteri besar. Ambil tahu juga tentang isu semasa yang berkaitan hal ehwal agama Islam.

Dalam temuduga guru KAFA, antara soalan yang boleh ditanya adalah:

  • Nyatakan rukun Islam dengan lengkap
  • Nyatakan rukun iman dengan lengkap
  • Apakah syarat sah solat?
  • Sebutkan rukun wuduk
  • Siapa Pengarah JAKIM Selangor?
  • Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
  • Siapa Perdana Menteri Malaysia?
  • Nyatakan syarat wajib puasa
  • Berapa jumlah ayat Al-Quran?
  • Apakah sifat harus bagi Allah?
  • Apakah visi JAIS?
  • Apakah misi JAIS?
  • Baca ayat Al-Quran ini.
  • Apakah perkara yang membatalkan puasa?
  • Nyatakan 5 malaikat dan tugasnya
  • Sebutkan rukun wuduk
  • Sebutkan sifat wajib bagi Allah
  • Sebutkan sifat wajib bagi rasul
  • Nyatakan rasul yang wajib diketahui
  • Sebutkan syarat wajib puasa
  • Apakah hukum tajwid ini?
  • Siapakah nama sultan Selangor?
  • Apakah sifat mustahil bagi Allah?
  • Apakah sikap mustahil bagi rasul?
  • Siapakah khalifah Islam yang pertama?
  • Apakah kipas dalam bahasa arab?
  • Apakah seratus dalam bahasa arab?
  • Apa yang anda tahu tentang KAFA?
  • UPKK itu untuk murid darjah berapa?
  • Kenapa anda mahu jadi guru KAFA?

Semoga artikel ini dapat membantu anda. Tinggalkan komen untuk tanya sebarang soalan ataupun untuk kongsikan pengalaman temuduga anda.

Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja ]
Baca: [ 6 Kesilapan Perlu Dielakkan Untuk Temuduga Kerja ]

  • Syukran atas pencerahannya.semoga Allah swt membalas dengan pahala yang berlipat ganda..Aamiin

  • >