Bismillah.

Alhamdulillah, kita sambung lagi artikel bersiri Guru Kafa ini. Bagi anda yang pertama kali ke sini dan belum membaca artikel sebelum ini, jemput baca artikel yang membicarakan tentang Ujian Bertulis Guru Kafa.

Dalam artikel ini kita akan bincangkan pula topik Ujian Lisan Temuduga Guru Kafa.

Untuk layak ke peringkat ujian lisan anda perlu terlebih dahulu lulus ujian bertulis. Jika anda gagal ujian bertulis, anda tidak akan dipanggil untuk sesi ujian lisan dalam temuduga guru Kafa.

Ujian Lisan Temuduga Guru Kafa

Format ujian lisan lisan Guru Kafa sama dengan temuduga kerja biasa. Bezanya hanya pada soalan yang ditanya sahaja.

Untuk temuduga guru Kafa, biasanya soalan ayat hafazan akan ditanya di awal sesi temuduga. Anda akan diminta untuk membacakan beberapa surah lazim.

Dalam mana-mana temuduga, 99% soalan pertama dan pasti akan ditanya adalah soalan yang meminta anda memperkenalkan diri. Jadi jangan lupa praktis perkenalkan diri supaya anda dapat menyerlahkan diri lebih baik berbanding calon yang lain.

30 Contoh Soalan Temuduga Guru Kafa

Dalam temuduga Kafa, soalan yang ditanya banyak berkaitan dengan ilmu asas agama. Insyaallah, sebagai seorang muslim banyak dari soalan yang ditanya itu kita sudah pun ada pengetahuan tentangnya. Semua ini telah kita pelajari, ada diajarkan di sekolah dan diamalkan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Selain itu, lalukan sedikit ulang kaji dengan membaca sedikti sebanyak tentang hal berkaitan negeri anda. Contohnya, nama sultan dan menteri besar. Lakukan juga sedikit pembacaan tentang isu semasa yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.

Dalam contoh ini, kami gunakan Negeri Selangor sebagai contoh. Anda boleh olah soalan dan sesuaikan dengan negeri tempat anda sekarang. Dari situ anda boleh mencari maklumat tambahan berkaitan negeri anda.

Ketika temuduga nanti, antara soalan yang boleh ditanya adalah:

  • Nyatakan rukun Islam dengan lengkap
  • Nyatakan rukun iman dengan lengkap
  • Apakah syarat sah solat?
  • Sebutkan rukun wuduk
  • Siapa Pengarah JAKIM Selangor?
  • Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
  • Siapa Perdana Menteri Malaysia?
  • Nyatakan syarat wajib puasa
  • Berapa jumlah ayat Al-Quran?
  • Apakah sifat harus bagi Allah?
  • Apakah visi JAIS?
  • Apakah misi JAIS?
  • Baca ayat Al-Quran ini.
  • Apakah perkara yang membatalkan puasa?
  • Nyatakan 5 malaikat dan tugasnya
  • Sebutkan rukun wuduk
  • Sebutkan sifat wajib bagi Allah
  • Sebutkan sifat wajib bagi rasul
  • Nyatakan rasul yang wajib diketahui
  • Sebutkan syarat wajib puasa
  • Apakah hukum tajwid ini?
  • Siapakah nama sultan Selangor?
  • Apakah sifat mustahil bagi Allah?
  • Apakah sikap mustahil bagi rasul?
  • Siapakah khalifah Islam yang pertama?
  • Apakah kipas dalam bahasa arab?
  • Apakah seratus dalam bahasa arab?
  • Apa yang anda tahu tentang Kafa?
  • UPKK itu untuk murid darjah berapa?
  • Kenapa anda mahu jadi guru Kafa?

Ebook Guru Kafa!

Download ebook Guru Kafa secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Guru Kafa dalam satu ebook ringkas.

Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan ujian lisan
Contoh soalan ujian bertulis

Daftar nama dan emel anda untuk download. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

Akhir Kata

Adakah artikel ini memberikan ada sesuatu yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temuduga Guru Kafa?

Jika ada pertanyaan ataupun mahu berkongsikan pengalaman anda, mohon tuliskan di ruangan komen.

Artikel Bersiri: Guru KAFA:

  1. Cara Memohon Jawatan Guru Kafa
  2. Contoh Soalan Ujian Bertulis Temuduga Guru Kafa
  3. Contoh Soalan Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA